:: SURAT SIARAN SUMBANGAN TABUNG KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)

Kerjasama Y. Bhg. Dato’ / Datin / tuan / puan dipohon untuk menghebahkan surat siaran berkaitan sumbangan Tabung KWAPM melalui Skim Potongan Gaji Sukarela Kakitangan Awam kepada semua warga pendidikan di sekolah tuan/puan.  Bersama-sama ini kepilkan surat siaran berkaitan serta borang kebenaran potongan gaji bulanan untuk sumbangan kepada KWAPM.


:: RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 2013

Sila muat turun fail-fail berkaitan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) 2013 seperti yang berikut:
1. Borang Permohonan RMT 2013 (Individu)
2. Lampiran A (Sila lengkapkan dan emel kembali kepada penyeliakebajikan@gmail.com pada atau sebelum 14 Disember 2012).
3. Lampiran B (Sila lengkapkan dan fax ke Unit HEM 04-6521143 pada atau sebelum 07 Disember 2012)

Maklumat tambahan:
1. Mulai tahun 2013, Had Kelayakan RMT ialah Pendapatan: RM460.00 atau perkapita RM110.00 (PGK Miskin Tegar terkini)
2. Murid-murid Pendidikan Khas yang layak dan berada di Sekolah Pendidikan Khas juga boleh memohon.
3. Murid-murid RMT yang berpindah sekolah selepas hari pertama persekolahan, peruntukan akan diturunkan di sekolah asal. Sekolah asal perlu memaklumkan kepada sekolah baharu tentang murid RMT tersebut di dalam Borang Pertukaran Murid.
4. Murid Ganti RMT TIDAK BOLEH menggantikan Murid RMT yang telah berpindah sekolah. Murid Ganti RMT hanya untuk Murid RMT yang TIDAK HADIR pada hari yang berkenaan sahaja. Jika layak RMT, sila senaraikan beliau di dalam Pelarasan RMT kemudian.

Kerjasama dan perhatian tuan amat dihargai. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Penyelia Kanan Kebajikan HEM di talian 04-652 1038 /1021 atau 012-567 7912

:: KWAPM 2012/2013


Perhatian kepada semua Penolong Kanan HEM Sekolah Rendah,

Sila muat turun borang-borang berikut dan lengkapkan. Rujuk surat siaran yang telah diedarkan oleh JPN ke sekolah tuan/puan untuk tindakan selanjutnya. Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5 2012 (KWAPM) juga dilampirkan untuk rujukan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai HEM di PPD tuan/puan atau Penyelia Kanan Kebajikan di talian 04-652 1038 / 012-567 7912.

:: SENARAI NAMA MURID RMT 2012 UNTUK TUJUAN PELARASAN

Kepada semua Pentadbir Sekolah Rendah,

  1. Sila muat turun Lampiran A (Senarai Nama) murid RMT 2012 untuk tujuan pelarasan.
  2. Sila gunakan borang yang dimuat turun sahaja (format MS Office Excel).
  3. Sekolah TIDAK DIBENARKAN menggunakan format lain kerana format ini digunakan oleh Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
  4. Borang yang telah dilengkapkan perlu diemel ke penyeliakebajikan@gmail.com selewat-lewatnya pada 18 Mei 2012.
  5. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mohd Fadzli bin Ishak (Penyelia Kanan Kebajikan) di talian 04-6521038 / 012-5677912.
>> Muat turun

:: SURAT SIARAN & PEKELILING RMT SERTA BORANG BERKAITAN

Kepada semua Guru Besar & Penolong Kanan HEM. Sila muat turun Surat Siaran RMT 2012, Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7/2010,  Borang RMT Lampiran A dan Borang Permohonan RMT untuk rujukan dan permohonan RMT semasa.
Surat Siaran RMT 2012
Pekeliling Kewangan Bil. 7/2010
Borang RMT Lampiran A
Borang Permohonan RMT

Sila lengkapkan Borang RMT Lampiran A dan emel ke penyeliakebajikan@gmail.com pada atau sebelum 15 Januari 2012.

:: RMT 2012

Kepada semua Guru Besar dan PK HEM sekolah rendah.
Sila pastikan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) 2012 bermula pada hari PERTAMA persekolahan (04/01/2012). Ini termasuk murid-murid Tahun 1 - 2012. Had kelayakan terkini: PENDAPATAN RM430 atau PERKAPITA RM100.

Sila download Borang Permohonan RMT Tahun 2012

Sebarang masalah sila hubungi MOHD FADZLI BIN ISHAK, Penyelia Kanan Kebajikan Unit HEM di talian 012 5677912 / 04 6521038

:: LAMPIRAN A

Pihak sekolah dikehendaki menyemak dan mengenalpasti pelajar-pelajar yang tersenarai
seperti mana senarai nama yang diedarkan oleh pihak Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Jika didapati pelajar penerima KWAPM yang tersenarai menghadapai masalah seperti berikut :

1. Pelajar yang tersenarai tidak wujud di sekolah.
2. Pelajar telah berpindah sekolah.
3. Pelajar telah tamat pengajian.
4. Pelajar belum memulakan pengajian di peringkat sekolah rendah.
5. Pelajar telah berhenti sekolah.
6. Lain-lain.

Pihak sekolah perlu mengisi borang seperti di "Lampiran A" dan menghantar borang tersebut ke Bahagian Kewangan, KPM dan sesalinan ke Unit HEM, JPN serta PPD masing-masing.
Lebihan kewangan KWAPM bagi kategori 1-6 tersebut perlu dihantar ke Bahagian Kewangan berserta "Lampiran A" ini.

>> Muat turun.