:: RMT 2012

Kepada semua Guru Besar dan PK HEM sekolah rendah.
Sila pastikan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) 2012 bermula pada hari PERTAMA persekolahan (04/01/2012). Ini termasuk murid-murid Tahun 1 - 2012. Had kelayakan terkini: PENDAPATAN RM430 atau PERKAPITA RM100.

Sila download Borang Permohonan RMT Tahun 2012

Sebarang masalah sila hubungi MOHD FADZLI BIN ISHAK, Penyelia Kanan Kebajikan Unit HEM di talian 012 5677912 / 04 6521038

:: LAMPIRAN A

Pihak sekolah dikehendaki menyemak dan mengenalpasti pelajar-pelajar yang tersenarai
seperti mana senarai nama yang diedarkan oleh pihak Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Jika didapati pelajar penerima KWAPM yang tersenarai menghadapai masalah seperti berikut :

1. Pelajar yang tersenarai tidak wujud di sekolah.
2. Pelajar telah berpindah sekolah.
3. Pelajar telah tamat pengajian.
4. Pelajar belum memulakan pengajian di peringkat sekolah rendah.
5. Pelajar telah berhenti sekolah.
6. Lain-lain.

Pihak sekolah perlu mengisi borang seperti di "Lampiran A" dan menghantar borang tersebut ke Bahagian Kewangan, KPM dan sesalinan ke Unit HEM, JPN serta PPD masing-masing.
Lebihan kewangan KWAPM bagi kategori 1-6 tersebut perlu dihantar ke Bahagian Kewangan berserta "Lampiran A" ini.

>> Muat turun.

:: BORANG AKUAN PENERIMAAN DAN PENGESAHAN

Berikut dikepilkan Borang Akuan Penerimaan dan Pengesahan kemasukan wang KWAPM ke dalam akaun sekolah.
Pihak sekolah boleh muat turun borang sebagai rujukan surat iringan

>>  Borang Akuan Penerimaan dan Pengesahan

:: BORANG PERMOHONAN INDIVIDU DAN BRP KWAPM 2012

Keputusan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM bil 3 Tahun 2011 telah memutuskan bahawa bagi tahun 2012, KPM akan melaksanakan pembayaran KWAPM berdasarkan permohonan sekolah dan data eKASIH.

Oleh yang demikian, pihak sekolah diminta untuk mengemukakan permohonan KWAPM bagi tahun 2012 berdasarkan prosedur permohonan mengikut borang yang boleh dimuatturun seperti di bawah.
1. Borang Permohonan Individu KWAPM
2. Borang Rumusan Permohonan (BRP) Baru 2012
3. Prosedur Permohonan KWAPM DSA2012
4. Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 6 Tahun 2010 - Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin(KWAPM)

Borang Rumusan Permohonan (BRP) hendaklah dihantar ke PPD masing-masing sebelum atau pada 15 September 2011 dalam format A3 dua salinan.
Borang rumusan tersebut hendaklah dihantar dalam bentuk hardcopy dan softcopy.
Borang rumusan (softcopy) boleh dihantar melalui email mengikut PPD masing-masing.
1.  PPD Timur Laut   :  wakadi13@yahoo.com
2.  PPD Barat Daya  :  mimhadal@gmail.com
3.  PPD Utara           :  w_anuar66@yahoo.com
4.  PPD Tengah         :  hemppdt@gmail.com
5.  PPD Selatan        :  omatsaad@yahoo.com

:: KWAPM 2011

Berikut adalah maklumat KWAPM mengikut daerah negeri Pulau Pinang.  Sila klik daerah untuk muatturun mengikut daerah masing-masing.
>> Barat Daya
>> Timur Laut
>> Utara
>> Tengah
>> Selatan

Borang-borang lain berkaitan:
>> Borang Selengkap Maklumat Permohonan Bantuan KWAPM
>> Borang KWAPM individu
>> Borang Rumusan Permohonan
>> Contoh Minit Mesyuarat.